Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2.9 billion biayai pendidikan 35,000 pelajar  

Anuar (dua dari kanan) berbual dengan pelajar yang mendapat tajaan pendidikan Petronas. - foto ihsan Petronas
Anuar (dua dari kanan) berbual dengan pelajar yang mendapat tajaan pendidikan Petronas. – foto ihsan Petronas

KOTA KINABALU – Sejak 1974 sehingga hari ini, lebih 35,000 pelajar seluruh negara telah menikmati manfaat daripada program penajaan pendidikan Petronas berjumlah keseluruhan RM2.9 billion.

Dengan sentiasa menitikberatkan pembangunan sosio ekonomi di setiap lokasi operasi pelaburannya termasuk di Sabah, syarikat minyak dan gas negara itu tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka terhadap rakyat khusus dalam pendidikan.

Oleh itu, Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia Petronas, Datuk M. Anuar Taib memberitahu, syarikat tersebut akan terus aktif menjalankan inisiatif pembangunan modal insan dengan menyalurkan bantuan tajaan pendidikan kepda pelajar yang layak.

“Program penajaan pendidikan Petronas merupakan usaha utama syarikat ini untuk menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang mampan di Malaysia, selain menghulurkan bantuan daripada segi latihan kemahiran serta teknikal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Anugerah Penajaan Pendidikan Petronas kepada 214 pelajar yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Anuar berkata, menyedari akan kepentingan sumber tenaga mahir dan profesional, golongan muda di Sabah turut berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas dan universiti terkemuka di dalam dan luar negara di bawah tajaan pendidikan tersebut.

“Saya berharap para pelajar ini akan dapat kembali ke Sabah untuk meningkatkan lagi penyertaan anak-anak tempatan dan sekaligus menyumbang ke arah pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini,” ujarnya.

Jelasnya, Petronas berbangga dengan tahap kompetensi dan keupayaan tenaya kerja yang telah dimajukan dalam sektor minyak dan gas tempatan.

Di Sabah katanya, Petronas turut melabur dalam pembangunan Janakuasa Kimanis, Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) dan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) berada di Sipitang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan