Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM2.5 juta geran bantuan kewangan diagihkan untuk pembangunan belia di Sabah

7:22pm 07/04/2016 Leolerry Lajius 86 views Tempatan
Tawfiq (tengah) bersama ahli MBS dan Gabungan MBS ketika majlis penyerahan Geran Bantuan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (tengah) bersama ahli MBS dan Gabungan MBS ketika majlis penyerahan Geran Bantuan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah bagi tujuan pembangunan dan memperkasakan persatuan serta kelab belia di negeri ini.

Agihan itu diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Bin Abu Bakar Titingan  kepada 17 ahli Majlis Belia Sabah (MBS) dan gabungan MBS dalam satu majlis yang diadakan di bilik mesyuarat utama Kementerian Belia dan Sukan, di sini, hari ini.

Ahli yang mendapat agihan itu termasuklah MBS dengan mendapat RM850, 000, Pengakap RM260,000, Pandu Puteri Malaysia (Sabah) RM190,000, Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Sabah RM200, 000, Pergerakan Puteri Islam Malaysia RM141, 000, Pergerakan Pemuda Malaysia Cawangan Sabah (YMM) RM135, 000, St. Jhon Ambulan Malaysia (Sabah) RM106,000 dan Sabah State Council The Boy’s Brigade Malaysia RM100, 000.

Pertubuhan Pergerakan Belia Sabah juga turut menerima RM77, 000, The Girl’s Brigade KK Group Councvil RM71, 000, JCI Sabah RM70, 000, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Sabah) RM50, 000 dan Gabungan Persatuan Belia Bahagian (GPBB) RM300, 000.

Menurut Tawfiq, pemberian geran bantuan kewangan tersebut adalah sebagai salah satu platfrom untuk memperkasakan belia dengan menggalakkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

“Pada tahun ini kita mensasarkan sebanyak 1400 aktiviti dengan 350, 000 penglibatan dan setakat ini sebanyak 392 yang telah dilaksanakan.”

“Pada tahun lalu sasaran yang telah diberikan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan iaitu melebihi daripada sasaran daripada 1100 dengan 1178 program yang telah dilaksanakan,” katanya.

Beliau juga turut menyeru agar Kor Sukarelawan Belia ditubuhkan di negeri ini sebagai salah satu pasukan yang sentiasa bersedia dan bekerjasama dalam membantu masyarakat yang memerlukan terutama sekali apabila berlaku bencana.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan