Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2.543 billion biayai pembangunan negeri, Sabah atasi prestasi nasional

Musa Aman (tengah) mempengerusikan Majlis Mesyuarat Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innporise, di sini hari ini.
Musa Aman (tengah) mempengerusikan Majlis Mesyuarat Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innporise, di sini hari ini.

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM2.543 billion atau 76.10 peratus daripada peruntukan 2014 bagi membiayai projek pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata prestasi tersebut merupakan 14 peratus lebih tinggi berbanding purata nasional iaitu sebanyak 62.04 peratus.

“Kita dimaklumkan mengenai pencapaian itu hasil taklimat oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (SDO) dan berdasarkan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) sehingga 31 Disember 2014,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Mesyuarat Tindakan Negeri (MTNg) Sabah di Wisma Innporise, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat itu juga, Musa berkata, Bajet Negara 2015 adalah bajet seimbang dan berpaksikan kepada mendahulukan kepentingan rakyat secara keseluruhan termasuk penjawat awam, selaras dengan temanya `Ekonomi Keperluan Rakyat’.

Katanya, Bajet 2015 membuktikan komitmen kerajaan melalui perkembangan ekonomi kapital yang turut membawa manfaat dan penambahbaikan kepaa ekonomi rakyat iaitu hasil pendapatan negara diagihkan menerusi insentif atau mekanisma tertentu kepada rakyat secara langsung demi kesejahteraan mereka.

Selain itu, Musa menambah, kesungguhan kerajaan memperkenalkan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu disokong kerana pelaksanaaan GST pada 1 April ini dengan kadar enam peratus diyakini berupaya meningkatkan hasil pendapatan negara bagi tujuan pembangunan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua penjawat awam khususnya agensi pelaksana agar melipatgandakan lagi usaha dan komitmen untuk memastikan prestasi dan pencapaian pembangunan Sabah pada tahun ini dapat ditingkatkan, sekaligus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan