Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2.5 juta naiktaraf SAN Kampung Rancangan Klias

Azizah Mohd. Dun (tiga dari kanan) memberi sumbangan kepada tabung bencana banjir selepas menyempurnakan majlis itu. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun (tiga dari kanan) memberi sumbangan kepada tabung bencana banjir selepas menyempurnakan majlis itu. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2.5 juta untuk menaiktaraf bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN), Kampung Rancangan Klias bagi menggantikan sekolah lama usang yang dibina sejak empat dekad lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, usaha itu juga bagi menampung peningkatan jumlah pelajar setiap tahun serta keperluan semasa sekolah agama tersebut.

“Projek pembinaan satu blok bangunan konkrit yang merangkumi 12 buah kelas dan sebuah bilik guru ini telah bermula sejak pertengahan tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

“Apabila siap, bangunan SAN yang baharu ini bakal memberi manfaat kepada 500 pelajar dari kampung ini dan kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Rancangan Klias, di sini hari ini.

Terdahulu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufot turut menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul, Remaja Mithali, Pertandingan Bercerita Kisah Nabi, Busana Islam serta Sepanduk Terbaik kepada pemenang di majlis yang diadakan di perkarangan Masjid At Takwa, di sini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan