Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM2.404 bilion diperuntukkan untuk projek SDC

3:19pm 03/12/2015 Dewiana Tinggolongon 11 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

musa

KOTA KINABALU- Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.404 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk projek-projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata antara projek SDC baru yang diluluskan termasuk  pembesaran Sepanggar Container Port, Kajian pelan induk untuk penerbangan Hub dan Logistik Air Freight dan pembinaan sebuah jeti di POIC Sandakan.

“Sebanyak RM262 juta telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2016, dan bajet Persekutuan 2016 juga akan menyediakan RM523 juta untuk pembangunan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ‘Meeting of the Authority’ kali ke-20 di sini hari ini (Khamis).

Musa berkata, Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) berjaya menarik pelaburan ke SDC walaupun persekitaran ekonomi gobal  yang mencabar.

Jelasnya, Sabah muncul sebagai destinasi yang menarik bagi para pelabur kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah ASEAN.

“Sabah boleh berfungsi sebagai pintu masuk yang sesuai dengan ekonomi dinamik Asia Timur dan berpotensi untuk rantau Asia Pasifik dengan tamatnya Perjanjian Perkngsian rundingan Trans-Pasifik,” ujarnya.

Katanya, Sabah berjaya mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM6.8 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini dan hanya sedikit penurunan berbanding tahun lalu.

“Dalam tempoh sama, jumlah eksport petroleum mentah juga meningkat sebanyak 45.3 peratus untuk mencecah RM10.4 billion.

“SDC sememangnya telah berkhidmat sebagai pemangkin dan jentera pertumbuhan dalam merealisasikan aspirasi ekonomi negara,” jelas beliau lebih lanjut.

Dalam pada itu beliau berkata pengurusan dan kakitangan SEDIA juga akan mengekalkan standard yang tinggi kecekapan operasi dalam penyampaian perkhidmatan tanpa menjejaskan prinsip integriti dan urus tadbir  korporat dalam melaksanakan tugas mereka.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan