Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2.1 juta untuk pembangunan di Papar

Ahmad Zahid (tengah) bersalaman dan bertanya khabar dengan para jemaah.

Papar : Kerajaan Pusat hari ini memperuntukan RM2.1 juta untuk pembangunan keseluruhan di kawasan Parlimen Papar.

“RM1 juta saya serahkan kepada Ketua Bahagian UMNO Papar, RM500,000 untuk Rosnah (Anggota Parlimen Papar), dan RM500,000 untuk ADUN Kawang, dan RM100,000 untuk Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni.

Beliau yang turut berpuas hati dengan prestasi ketiga-tiga pemimpin di kawasan tersebut bagaimanapun, berkata, kenyataan itu bukanlah kelulusan rasmi untuk dipertandingkan semula kerana ia adalah hak mutlak pucuk pimpinan peringkat pusat.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengingatkan jentera parti Umno agar bekerja lebih keras dan mengelak spekulasi yang tidak munasabah.

“Yang penting, bukan buat spekulasi bila pembubaran dan bila tarikh penamaan calon. Tetapi, jentera harus bergerak lebih kuat jangan menoleh ke belakang lagi dan teruslah melihat ke garisan penamat.

“Jentera kita harus istiqomah kerana kita yakin orang suka dengan kita lebih ramai daripada orang yang tidak suka.

“Majoriti senyap juga lebih ramai tidak mereka memunculkan diri. Jadi para pemimpin perlu medekati mereka dengan kaedah sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar beliau.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengimamkan solat fardhu Maghrib bersama 1,000 jemaah di masjid berkenaan serta menyampaikan tazkirah mengenai perpaduan dan kesan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MAHEINS), Datuk Mohamad Alamin dan Ahli Parlimen, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau yang berada di Sabah pada Jumaat, sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Politeknik di Kota Belud, tiba di sini pada jam 6 petang dan meluangkan masa beramah-mesra dengan para jemaah./Penerangan-

Zahid ketika mengumumkan peruntukan RM2.1 juta bagi kawasan Parlimen Papar.

Komen


Berita Berkaitan