Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM2.1 billion diperuntukan majukan pendidikan TVET

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - foto Jimmy Tan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM2.1 billion bagi Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) sebagai usaha untuk mengarusperdanakan bidang berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, graduan TVET berkualiti merupakan salah satu daripaa 10 lonjakan yang diberikan fokus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dan dijangka permintaan terhadap pekerja TVET meningkat ke 1.3 juta menjelang 2020.

“Tahun ini melihatkan struktur pentadbiran TVET yang lebih cekap dan peningkatkan peranan industri dalam kukikulum TVET. TVET bukan lagi dilihat sebagai pilihan kedua pelajar lepasan sekolah tetapi ialah pilihan utama bagi pelajar menyambung pelajaran ke menara gading.

“Kerajaan sudah pun membina beberapa institusi pendidikan dan latihan teknik dan vokasional dan institusi latihan kemahiran seperti Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA dan Institus Latihan Perindustrian di Sabah.

“Kesemua institusi ini bertujuan untuk memenuhi keperluan akses kepada penduduk negeri Sabah bagi memenuhi keperluan industri berkaitan,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan khas bersama warga Institusi Pendidikan di Negeri Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Exco Pendidikan Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching serta Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Justeru, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, sebanyak dua projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Rolling Plan Keempat pada tahun ini diluluskan di Sabah iaitu Kolej Vokasional Rintis Beaufort dan Kolej Berasrama Penuh di Kawasan Hub Pendidikan Sandakan dengan peruntukan lebih RM6 juta.- oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan