Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM160 juta peruntukan diberikan kepada MasWings sebagai subsidi penerbangan murah bagi masyarakat pedalaman

5:53pm 09/02/2016 Leolerry Lajius 63 views Tempatan
Tun Juhar (Tengah) bersama pemimpin-pemimpin politik yang lain ketika majlis tersebut.

Tun Juhar (Tengah) bersama pemimpin-pemimpin politik yang lain ketika majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Sebanyak RM160 juta peruntukan subsidi penerbangan akan diberikan oleh kerajaan kepada MasWings bagi penerbangan yang melibatkan laluan yang tidak dilalui oleh syarikat penerbangan yang lain di Sabah dan Sarawak sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan di laluan terpilih.

Menurut Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, langkah itu adalah sebagai salah satu platfrom untuk membantu masyarakat pedalaman di kedua-dua negeri tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan penerbangan yang lebih murah untuk ke kawasan bandar.

“Kerajaan pusat telah bersetuju untuk memanjangkan kontrak dengan Maswing bagi tujuan ini memandangkan kontrak selama tujuh tahun yang dimeterai sebelum ini akan tamat pada tahun hadapan,”katanya ketika sidang media sempena majlis rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Serbagunan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu pagi tadi.

Tambah beliau, bermula pada tahun ini pengkajian semula terhadap 49 penerbangan di kedua-dua negeri akan disemak semula bagi tujuan pembaharuan semula kontrak pada tahun hadapan.

“Kita tahu bahawa sesetengah kawasan di kedua-dua negeri ini tidak dapat dimasuki oleh kenderaan justeru mereka terpaksa menggunakan kapal terbang dan kita akan menggunakan Maswing bagi membantu mereka dengan kadar tambang yang murah,”katanya.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin,  Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta pemimpin-pemimpin MCA dan para menteri kabinet dengan kehadiran lebih dari 1000 orang pengunjung.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan