Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM15 ribu bakal menjadi milik juara Borneo Pangazou Functional Athletics Tournament

11:31pm 26/02/2016 Leolerry Lajius 105 views Tempatan

IMG_2535_1

KOTA KINABALU: Wang tunai berjumlah RM 15,000 bakal menjadi milik bagi pemenang Kejohanan Olahraga Borneo Pangazou Functional Athletics Tournament yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Mei ini.

Kejohanan yang dianjurkan untuk kali kedua itu akan diadakan di pusat beli-belah Oceanus yang akan dianjurkan oleh Functional Athletics Society dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pihak Ocenus.

Kejohanan tersebut akan membuat sedikit kelainan berbanding penganjuran pada tahun lalu iaitu pada tahun ini pusingan kelayakan akan diadakan bagi semua kategori iaitu bagi kategori lelaki dan wanita serta kumpulan.

Menurut pengarah kejohanan, Dr. Roddy Teo, tujuan kejohanan itu diadakan adalah sebagai platfrom untuk persaingan sihat antara peserta disamping menguji kekuatan fizikal setiap peserta.

“Kejohanan ini merupakan satu latihan sukan pengukuhan asas yang menguji daya kekuatan seseorang atlet dan memberikan peluang kepada para peserta untuk bersaing secara sihat,”katanya ketika sidang media mengenai kejohanan itu di pusat beli belah Oceanus, di sini, hari ini.

Yuran bagi menyertai kejohanan tersebut adalah RM15.00 bagi pusingan kelayakan dan tambahan RM100 bagi yang lulus dalam ujian kelayakan tersebut.

Seramai 120 orang peserta yang akan dicari dalam kejohanan tersebut dan tiada had umur yang ditetapkan melainkan bagi mereka yang berumur bawah dari 18 tahun perlu mendapat keizinan dari ibu bapanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Dr. Roddy (tengah) bersama ahli jawatankuasa yang lain menunjukkan poster kejohanan tersebu.

Dr. Roddy (tengah) bersama ahli jawatankuasa yang lain menunjukkan poster kejohanan tersebu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan