Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM12,000 menanti pemenang pertandingan memancing

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU- Pelbagai acara pertandingan sukan rakyat termasuk menyumpit, permainan congkak dan batu seremban dijangka menjadi tarikan utama pengunjung karnival sempena sambutan Ulangtahun Ke-14 Taman Pertanian Sabah yang akan diadakan di Tenom pada hujung bulan ini.

Selain itu, turut diadakan pertandingan memancing, melukis dan mencari harta karun yang dibuka penyertaan kepada semua pengunjung termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan kepada para peserta.

Pegawai Penyelidik, Linton Jain berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut itu gerai pameran dan menjual pelbagai produk pertanian serta persembahan kebudayaan akan turut diadakan pada karnival dua hari itu yang bermula 28 Mac ini.

“Pertandingan memancing terbuka kepada peserta berumur 12 tahun ke atas dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM12,000 termasuk hadiah saguhati RM100 untuk peserta yang mendapat tempat keempat hingga 23.

Bagi kategori sekolah rendah dan menengah pula, acara pertandingan melukis dan mencari harta karun masing-masing menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM1,000 untuk para pemenang,” katanya.

Menurutnya, lebih 1,500 pengunjung dijangka hadir ke karnival bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang itu yang secara langsung dapat mempromosikan Taman Pertanian Sabah kepada orang ramai.- oleh Dewiana Tinggolongon / Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan