Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM12 juta untuk bebaskan 4 mangsa culik

8:16pm 15/06/2016 Pak Roshan 3525 views Isu Semasa,Mutakhir
EMPAT mangsa culik bersama anggota keluarga masing-masing ketika sidang media di kediaman mereka di Sibu hari ini. - Foto Khalid Latip

EMPAT mangsa culik bersama anggota keluarga masing-masing ketika sidang media di kediaman mereka di Sibu hari ini. – Foto Khalid Latip

SIBU: Sejumlah RM12 juta wang tebusan diserahkan anggota keluarga bagi membebaskan empat mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina, baru-baru ini.

Jurucakap keluarga, Datuk Lau Cheng Kiong, ketika mengesahkan perkara itu berkata, wang berkenaan diserahkan menerusi pasukan keselamatan yang mengendalikan kes berkenaan di Sandakan, Sabah.

Katanya, penyerahan wang tebusan dibuat menggunakan cek Hong Leong Bank pada 24 Mei lalu. “Saya ingin menegaskan, kami tidak menyimpan satu sen pun wang berkenaan.

Itu adalah sumbangan orang ramai, kami tidak berhak ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Cheng Kiong berkata, anggota keluarga terpaksa menjelaskan perkara itu kerana orang ramai ingin tahu ke mana wang terbabit.

“Mereka yang mahu mendapatkan keterangan terperinci mengenainya boleh menghubungi Cawangan Khas dan Hong Leong Bank di Sandakan, ” katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM9 juta adalah hasil sumbangan orang ramai; RM1 juta (gadai janji dua kediaman keluarga di Pulau Li Hua, Sibu) dan RM2 juta (sumbangan syarikat perkapalan).

“Susulan kejadian, kami mewujudkan laman Facebook dan pelbagai pihak menyalurkan sumbangan termasuk dari beberapa negara luar.

“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih atas bantuan semua pihak. Kami terhutang budi,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan