Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM12 juta bukan wang tebusan – TPM

2:58pm 16/06/2016 Pak Roshan 7137 views Isu Semasa,Mutakhir
zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wang berjumlah RM12 juta yang dibayar bagi pembebasan empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf April lalu bukan wang tebusan.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, wang itu dibayar kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah di negara itu.

“Kerajaan memutuskan tiada wang tebusan dibayar dan pihak polis mematuhi arahan kerajaan itu.

“Wang itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan hasil jualan aset (keluarga mangsa) dan saya sahkan ia disalurkan bukan sebagai wang tebusan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam.

“Badan itu tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas atau penjenayah,” katanya selepas melancarkan program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1437H/2016 di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid menafikan dakwaan pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Malaysia berkenaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan