Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM114 juta dalam 35 beg

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh. – Foto Salhani Ibrahim

 

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kediaman di Pavillion Residences pada Jumaat lalu, mengandungi wang ringgit bernilai RM114 juta.

Pada sidang media khas di Ibu Pejabat JSJK pagi ini, beliau memaklumkan 37 lagi beg dirampas mengandungi wang tunai manakala selebihnya berisi barang kemas dan jam tangan mewah.

Amar memaklumkan, wang tunai dirampas itu membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam.

Bagaimanapun nilai barang kemas dan jam tangan belum dapat dipastikan.

Amar turut menegaskan semua gambar beg tangan, jam tangan dan wang tunai yang tular di media sosial dan disiarkan di media cetak sebelum ini adalah palsu. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan