Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM108,000 Hangus Kerana Tidak Percaya Bank

bakar duitj

Bulawayo – Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah dan wangnya hangus selepas dipanah petir.

Regina Sibanda, 60, berkata dia baru mendapat wang tambahan hasil jualan tujuh lembu dan bercadang membeli rumah di Bulawayo. Dia juga menyimpan wang yang dihantar anak-anaknya yang bekerja di luar negara.

Katanya, selain wang, dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan kad pengenalan anak serta cucunya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya duduk di pondok yang dijadikan dapur bersama cucu. Cuaca tiba-tiba berangin dan saya menjangkakan hujan akan turun.

“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum melihat rumah saya terbakar.

“Saya menjerit meminta bantuan jiran, namun sudah terlambat. Kami hanya mampu memandang apabila rumah itu terus hangus,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan