Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM106,000 untuk kahwin lembu

POONAM, lembu betina yang dikahwinkan itu dipakaikan sari dalam majlis berkenaan.
POONAM, lembu betina yang dikahwinkan itu dipakaikan sari dalam majlis berkenaan.

Gujarat: Sepasang lembu dikahwinkan dalam satu upacara di India dengan perbelanjaan menjangkau 1.8 juta rupee (RM106,000).

Dalam majlis yang dilangsungkan di Kampung Bagnanar, Gujarat, lembu betina yang diberi nama Poonam itu siap dipakaikan sari merah yang dihiasi permata dan kepalanya dengan barangan kemas.

Bagi 300 tetamu yang menghadiri majlis berkenaan, perkahwinan antara Poonam dengan lembu jantan yang diberi nama Arjun itu sudah pasti menjadi acara paling ganjil pernah mereka saksikan.

Antara yang dibawa ke majlis itu ialah anggota ‘keluarga’ Poonam.

Acara itu dianjurkan sebuah badan kebajikan pelampau Hindu untuk membantah penyembelihan lembu di India, negara yang majoriti penduduknya penganut Hindu, agama yang menganggap haiwan itu suci. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan