Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM100,000 untuk PPK Labuan, kata Rozman

pertubuhan peladang labuan

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli memperuntukan sebanyak RM100,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Labuan Utara dan Labuan Selatan.

Kedua-dua PPK itu akan menerima RM50,000 setiap kawasan bagi melaksanakan projek yang berkaitan dengan industri pertanian seperti pemprosesan makanan ayam dan projek pembekalan anak ayam.

“Peruntukan itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi industri pertanian yang diusahakan oleh PPK Utara dan Selatan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan petani dan mengurangkan jurang kemiskinan rakyat khususnya di Labuan,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus; Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato’ Saipolbahari Shuib; Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Yussof Muhammad dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan, Hadriyani Ahmad.

Turut hadir Pengerusi PPK Utara, Matali Ibrahim dan Pengerusi PPK Selatan, Zakaria Said.

Rozman turut mengucapkan tahniah kepada Pertubuahn Peladang Kawasan kerana berjaya memperolehi Sijil Halal Projek Ternakan Ayam Daging yang diusahakan oleh PPK Selatan di Kampung Sungai Miri.

Rozman yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) Labuan turut menyokong seranan Pengerusi NAFAS Dato’ Saipolbahari Shuib supaya PPK Labuan mengusahakan bengkel penyembelihan ayam daging sendiri serta mengusahakan pemprosesan makanan ayam untuk bekalan tempatan termasuk untuk projek penternakan ayam di Sungai Miri.

Komen


Berita Berkaitan