Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RM100,000 untuk mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau

Keluarga mangsa kebakaran di tempatkan penempatan sementara di Dewan Masyarakat Semporna.
Keluarga mangsa kebakaran di tempatkan penempatan sementara di Dewan Masyarakat Semporna.

SEMPORNA – Sebanyak RM100,000 disumbangkan buat meringankan beban seramai 297 orang ketua isi rumah yang merupakan mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau, dalam daerah ini.

Bantuan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban kepada kira-kira 2,600 penduduk termasuk kanak-kanak yang terjejas akibat insiden tersebut pada Rabu lalu.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata, kejadian yang menyebabkan 233 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut turut mendapat perhatian kerajaan negeri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

“Kita prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk perkampungan air tersebut, dan menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka (mangsa kebakaran) bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh kesemua mangsa kebakaran itu.

“Saya juga berharap semua mangsa dapat bersabar dengan ujian yang diterima ini, selain sentiasa berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga serta menjaga kesihatan diri,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada 297 orang ketua isi rumah di Dewan Masyarakat Semporna, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramlee menggesa pemimpin masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga dalam isu keselamatan kampung, terutama mengelak berlaku kejadian kebakaran yang melibatkan banyak rumah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan