Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM1 juta untuk video pengebumian Muhammad Ali

10:06am 21/06/2016 Pak Roshan 465 views Global
GAMBAR fail, orang ramai memberi pernghormatan akhir kepada Muhammad ali di Louisville

GAMBAR fail, orang ramai memberi pernghormatan akhir kepada Muhammad ali di Louisville

Los Angeles: Rakaman video upacara pengebumian legenda tinju Muhammad Ali dilaporkan ditawarkan kepada pelbagai rangkaian media di Amerika Syarikat, malah pemiliknya dilaporkan mencari di seluruh negara itu untuk pembeli yang sanggup membayar harga tertinggi bagi mendapatkannya.

Harga dituntut dilaporkan AS$1 juta (RM4 juta) dipercayai oleh anggota keluarga Muhammad Ali sendiri.

Video sepanjang tujuh minit itu diambil secara tersembunyi ketika majlis pengebumian yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, namun setakat ini semua majalah, akhbar dan badan penyiar didekati enggan membeli rakaman yang menunjukkan detik Muhammad Ali dimasukkan ke liang lahad.

Difahamkan, rakaman diambil tanpa pengetahuan isteri serta anak Muhammad Ali.

Sumber yang mendakwa ditawarkan rakaman itu berkata: “Perbuatan itu amat menjijikkan. Bayangkan, seorang anggota keluarganya sendiri sanggup meraih keuntungan dengan cara sebegini.

“Seluruh dunia menyayangi dan menghormati Muhammad Ali. Bukan semudah itu untuk kami mengetepikan rasa hormat, tidak kiralah apa jua harga ditawarkan.

“Pada mulanya, penjual itu cuba menyelindungkan identitinya, tetapi apabila didesak kami dimaklumkan dia anggota keluarga Muhammad Ali sendiri. Rakaman menunjukkan Muhammad Ali dimasukkan ke liang lahad dan keluarganya meratap menangis.

“Perbuatan penjual ini terlalu menjijikkan dan tidak langsung menghormati Muhammad Ali atau keluarganya.”

Muhammad Ali yang didiagnos dengan Parkinson’s pada 1984, meninggal dunia pada usia 74 tahun pada 3 Jun lalu.

Dia dikebumikan di Louisville, Kentucky. Majlis mengenangnya sebelum dia dikebumikan dihadiri pelakon, atlet dan pemimpin dunia. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan