Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM1Billion diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran di KB

3:09pm 23/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 31 views Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Datuk seri musa(kanan),tan sri datuk pairin dan datuk sri yahya sedang melihat kertas kerja mesyuarat dun 2016- Foto oleh Alex Mairin/ Sayangsabah

Musa (kanan),Pairin dan Yahya sedang melihat kertas kerja mesyuarat DUN 2016- Foto oleh Alex Mairin/ Sayangsabah

KOTA KINABALU- Sejumlah RM1 Bilion diperlukan bagi tujuan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta sumber air di daerah Kota Belud.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Husin berkata pembangunan infrastruktur serta sumber air di daerah tersebut bakal dilaksanakan secara berperingkat.

“Dalam RMKe-11, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah melalui Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) telah memohon peruntukan sebanyak RM 380.8 juta daripada kerajaan persekutuan.

“Peruntukan tersebut bertujuan untuk melaksanakan 11 projek pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran bagi kawasan seluas 5,000 hektar menjelang tahun 2020 termasuklah pembinaan sebuah Kompleks Pentadbiran Pejabat IADA Kota Belud”, katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Isnin).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin
(PKR- Klias) yang ingin tahu mengenai jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat bagi menjayakan jelapang padi di daerah tersebut.

Disamping itu, IADA juga telah memohon peruntukan sebanyak RM65 juta untuk melaksanakan beberapa program pembangunan seperti program mempertingkatkan amalan pertanian baik dikalangan petani dan usahawan, program pembangunan Agropreneur Muda Padi dan Usahawan Perkhidmatan Jentera, Program Promosi dan Pemindahan Teknologi Mekanisasi serta program Peningkatan Intensiti Tanaman.

“ Melalui perlaksanaan kesemua program pembangunan pertanian, lebih kurang 4,000 petani akan menerima manfaat dari projek tersebut manakala jumlah pendapatan petani di kawasan yang telibat dapat ditingkatkan dari RM850 sebulan kepada RM 2,500 sebulan.

“Produktiviti hasil padi di kawasan yang terlibat dalam projek tersebut dijangka akan meningkat dari 2.5 Metrik Tan (MT)/ hektar semusim kepada tidak kurang 6.0 MT/hektar semusim dan dijangka kawasan penanaman padi tersebut dapat menanam dua kali setahun”, kata beliau.

Menurut Yahya, purata pengeluaran padi Negeri Sabah setahun (2010-2014) ialah 114,490 MT, dimana daerah Kota Belud telah menyumbang sejumlah 40.65 peratus iaitu 46,548 MT dari hasil tersebut.

“Ini membuktikan bahawa usaha kerajaan membangunkan daerah Kota Belud sebagai kawasan pengeluaran padi utama Negeri Sabah telah berjaya menambahkan pengeluaran beras bagi penduduk negeri Sabah walaupun bilangan penduduknya sentiasa bertambah dari tahun ke tahun”, kata Yahya.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan