Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM1.5juta nilai rampasan KPDNKK

10:55pm 05/11/2015 Ann Vivien 39 views Isu Semasa,Tempatan
Aslani Dabi

Aslani Dabi

KOTA KINABALU- Lebih dari RM 1.5 juta nilai barang yang tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan telah berjaya dirampas oleh pihak KPDNKK di seluruh Sabah sepanjang Januari hinggalah Oktober.

Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Aslani Dabi dalam sidang akhbar Sambutan Hari Pengguna 2015 berkata bahawa sebanyak 972 kes dilaporkan telah diambil tindakan.

Berdasarkan aduan dan pemeriksaan yang telah dilakukan, jumlah bilangan kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh para peniaga adalah kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang dilaporkan seluruh Sabah iaitu kenaikan harga barang yang melampau.

“Kami sangat menekankan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan kerana terdapat segelintir peniaga yang masih enggan untuk mempamerkan tanda harga di premis mereka”, katanya.

“Kami juga telah mengeluarkan 138 notis kepada peniaga yang melakukan kesalahan dibawah Seksyen 21 dibawah Akta tersebut dimana mereka boleh didenda sehingga RM 1 juta jika disabitkan kesalahan”, tambah beliau.

Walaubagaimanapun, di Sabah tidak ada kes yang dibawa ke mahkamah kerana kes-kes tersebut masih dalam siasatan pihak KPDNKK.

Selain itu, kesalahan yang kerap  dilakukan adalah kesalahan dibawah Akta Bekalan dimana terdapat peniaga yang cuba menyeludup dan membawa keluar barang-barang bersubsidi tanpa kebenaran.

Disamping itu, sebanyak 319 tindakan yang telah diambil oleh pihak KPDNKK untuk membanteras kesalahan dibawah Akta Timbang dan Sukat.

Terdapat lima kes yang dilaporkan dibawah Akta hak cipta dan kes tersebut masih dalam siasatan.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan