Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RM1.5 juta diperuntukkan TEKUN untuk usahawan

9:17pm 16/01/2016 Ann Vivien 190 views Perniagaan,Tempatan
Mohd Zarir menyampaikan poster TEKUN kepada Ghani dalam kunjungan itu.

Mohd Zarir menyampaikan poster TEKUN kepada Ghani dalam kunjungan itu.

KENINGAU: Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan oleh TEKUN untuk pinjaman kepada usahawan yang berniaga secara kecil-kecilan di kawasan Parlimen Keningau dan Pensiangan bagi tahun 2016.

Pengurus TEKUN Cawangan Keningau dan Pensiangan Mohd Zarir Sukimin berkata, peruntukan itu disediakan kepada usahawan yang berkelayakan untuk meminjam dengan caj 4 peratus setahun.

Disamping itu katanya, TEKUN juga memperkenalkan produk baharu pinjaman Taman Tekun Berkumpulan seramai lima ahli.

Beliau berkata, TEKUN merupakan salah satu agensi Kerajaan Persekutuan yang memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan kecil dengan kadar caj yang rendah bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi keluarga kaum bumiputera di negara ini.

“Walau bagaimanapun katanya, peminjam yang gagal membayar balik mengikut perjanjian akan diambil tindakan yang telah ditetapkan” katanya semasa membuat kunjungan hormat kepada Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin di Pejabat Umno Bahagian Pensiangan di sini pada Jumaat.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan