Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RKM anjur pelbagai aktiviti turun padang sempena Ramadan

12:00pm 23/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan

rkm 2a

KOTA KINABALU- Setiap pemimpin akar umbi khususnya ahli- ahli Rakan Kembara Malaysia negeri ini disaran agar mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Radaman ini bagi mengerat hubungan silaturahim sedia terjalin.

Pengerusi Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah, Mizma Appedullah berkata aktiviti turun padang sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak adalah merupakan satu pendekatan terbaik kerana memberikan kesempatan untuk mendekati rakyat akar umbi apatah lagi bagi golongan yang memerlukan perhatian.

Menurut beliau, turun padang amat ditekankan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana dari situ apa jua permasalahan yang wujud dapat dikenal pasti sekali gus membuktikan kesungguhan parti untuk membela nasib sesiapa saja tanpa mengira fahaman politik.

Inilah tradisi kita sebaik tibanya bulan Ramadan program RKM Sabah turun padang akan dijalankan ke seluruh kawasan yang bukan hanya memberikan peluang untuk kita beramah-mesra tetapi paling penting sekali bantuan dapat dihulurkan kepada golongan yang amat memerlukan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Kembara Ramadhan di Kg. Segama, Lahad Datru bersama-sama ahli-ahli RKM kawasan Silam baru-baru ini.

Terdahulu, seramai 10 keluarga menerima sumbangan berupa barangan makanan asas dan wang tunai daripada RKM Sabah.

Mizma yang juga Ketua Wanita UMNO Silam turut meminta Ketua-ketua Wanita Umno cawangan di bahagian Silam supaya turun padang kerana inilah masanya bagi membuktikan betapa bersungguhnya pihak kerajaan membantu rakyat selaras dengan dasar dan agenda BN yang sentiasa mendahulukan kepentingan semua kaum.

Kita bukannya hanya timbul bila tibanya sesuatu pilihan raya namun usaha mendekati rakyat dijalankan sepanjang masa. Matlamat kita adalah bagi memberikan pembelaan kepada semua agar arus pembangunan itu, dinikmati secara sama rata.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan