Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RKM agih 1000 bubur untuk berbuka puasa

4:41pm 18/06/2016 Leolerry Lajius 59 views Tempatan
Azhar memberikan bubur kepada pemandu sambil diperhatikan oleh Mizma (belakang).

Azhar memberikan bubur kepada pemandu sambil diperhatikan oleh Mizma (belakang).

Kota Kinabalu :Program pengagihan bubur ayam secara pandu lalu anjuran Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah di pusat beli-belah 1Borneo Hypermall hari ini mendapat sambutan daripada orang ramai.

Pengerusi Rakan Kembara Malaysia (RKM) cawangan Sabah, Mizma Appedullah berkata, sebanyak 500 bungkus bubur ayam Adabi berjaya diagihkan kepada orang ramai dalam program yang julung-julung kali diadakan itu.

“Melalui program melibatkan 20 ahli KRM Sabah ini, kita bersama-sama bergotong-royong memasak dan kemudian mengagihkan bubur kepada kenderaan yang berhenti di laluan 1Borneo,” katanya.

Tambah beliau, kaedah pandu lalu ini yang digunakan juga dilihat lebih berkesan kerana dapat menjimatkan masa selain mengelak daripada berlaku kesesakan lalu lintas.

“Kaedah sebegini adalah sangat bersesuaian dengan cara hidup masyarakat kita yang selalu sibuk,” katanya.

Menurut Mizma, program tersebut diadakan dengan kerjasama syarikat Adabi Sabah yang menghulurkan sumbangan barangan keperluan masakan.

Turut menyertai pengagihan tersebut ialah  pihak pengurusan Grand Borneo Hotel menyumbang 500 bungkus Bubur Lambuk GBH.

Jelasnya, program amal Ramadan ini bukan sahaja memudahkan orang ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk berbuka puasa, kerana telah ada bekalan bubur ayam Adabi RKM  Sabah di dalam kereta masing-masing.

“Tetapi pada masa sama, mereka berpeluang untuk menyumbang atau bersedekah mengikut kadar kemampuan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam bulan yang digandakan segala amalan yang dibuat,” tambah beliau.

Lebih menarik lagi apabila penyediaan bubur ayam ini menggunakan perencah istimewa daripada Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. (Adabi).

Turut serta dalam program tersebut Pengurus Besar Grand Borneo Hotel, Azhar Sanusi, wakil Adabi Sabah,  Naib Pengerusi RKM Sabah Musliati Moslimim dan Usman Hamid serta ahli-ahli Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah.

ADABI Sabah turut menyumbang bahan untuk membuat bubur ayam dan bubur lambuk mengguna perencah Adabi.

Selain itu, Grand Borneo Hotel turut serta mengagihkan 500 bungkusan bubur lambuk GBH kepada pengunjung yang datang ke Hypermall 1Borneo./SayangSabah

Mizma (dua dari kiri) dan Azhar (tengah)membungkus bubus untuk diserahkan kepada orang ramai.

Mizma (dua dari kiri) dan Azhar (tengah)membungkus bubus untuk diserahkan kepada orang ramai.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan