Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rizab Sabah lebih RM3 bilion hasil lonjakan ekonomi

rizab

PENAMPANG: Rizab negeri yang mencatatkan peningkatan saban tahun dan kini berjumlah lebih daripada RM3 bilion merupakan hasil pembangunan pesat yang berjaya direncanakan oleh kerajaan negeri Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan I negeri, Datuk Ramlee Marahaban berkata, dipacu menerusi prestasi ekonomi negeri yang sangat memberangsangkan, kerajaan berjaya mengukuhkan projek pembangunan lestari di kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, memberi tumpuan kepada beberapa buah bandar yang berpotensi dibangunkan, susun atur bagi perbandaran di daerah-daerah tersebut dilihat mampu melonjakkan lagi aktiviti ekonomi negeri termasuk sumbangan daripada pembangunan rancak dalam projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC) serta sektor minyak dan gas.

“Menerusi dasar serta fiskal yang diperkenalkan melalui Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah dilihat dapat meningkatkan pendapatan daripada pelbagai sumber yang dijana, sekali gus melonjakkan aktiviti ekonomi negeri ke satu tahap yang memberangsangkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Maybank cawangan Donggongon, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Maybank, Hamirullah Boorhan dan Pengurus Maybank cawangan Donggongon, Richard Chiu.

Mengulas lanjut Ramlee berkata, menerusi hala tuju negeri, segala potensi dan sumber perolehan digunakan sepenuhnya bagi merancakkan pembangunan negeri di peringkat bandar dan luar bandar.

Menurutnya, penglibatan pihak swasta dalam meningkatkan perkhidmatan masing-masing di negeri ini penting dalam menyokong usaha kerajaan negeri membangunkan Sabah.

Jelasnya, perkhidmatan komprehensif daripada pihak swasta dilihat akan merangsang lagi pertumbuhan pembangunan dan ekonomi negeri, sekali gus mampu memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Katanya, selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, pertumbuhan itu juga mampu mewujudkan persekitaran ekonomi dan pelaburan kondusif di sesebuah kawasan.

Komen


Berita Berkaitan