Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ritual memujuk penjaga Kinabalu

monolob

KUNDASANG: Sekumpulan penduduk dari etnik Dusun Tindal akan menjalankan satu upacara ritual tradisional yang dijadualkan diadakan di Kiram Resort, Mesilou di sini selama tiga hari bermula esok hingga  Ahad ini.

Upacara yang digelar ‘monolob-monogit’ itu adalah bertujuan ‘memujuk penjaga’ Gunung Kinabalu menerusi bacaan mantera dan persembahan ritual oleh ‘Tantagas’ dan ‘Dalus’ dari Kampung Bangkahak, Kota Belud.

Esok, merupakan hari pertama upacara tersebut yang dijadualkan bermula jam 12 tengahari.  Seekor kambing dan enam ekor ayam akan dikorbankan sebelum diakhiri dengan persembahan  ‘Korindawanan do Tindarama Tantagas’. Seekor ayam juga akan di lepaskan pada ketika itu.

Acara hari kedua iaitu Sabtu dimulakan pada tengahari itu dimana mantera akan dibaca diumana dua ekor kambing akan dikorbankan. Upacara ritual ini menyaksikan   dukun bertemu dengan ‘odu’ untuk menyatakan hasrat berjumpa dengan ‘Aki’.

Hari terakhir yang juga hari kemuncak upacara dijalankan adalah ritual damai dengan penjaga gunung Aki Nabalu dan Sumundu Nabalu.

Sebelum ini, tiga upacara secara berasingan masing-masing telah diadakan oleh etnik Lotud Tuaran kemudian diikuti penduduk Kundasang dan Ranau.

Acara tradisional ini diadakan bagi memujuk penjaga gunung berikutan kejadian gempa bumi yang melanda sehingga menyebabkan 18 orang terkorban pada 5 Jun lepas.

Mengikut kepercayaan kaum, kejadian gempa itu adalah tanda penjaga gunung marah dengan perbuatan biadap sekumpulan pelancong yang merakamkan aksi berbogel di atas puncak.

Penduduk sekali lagi diuji apabila kejadian banjir lumpur melanda sehingga mengakibatkan kemusnahan besar. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan