Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Risso Dolphin mati

The wounded dolphin found stranded near Likas water. - SayangSabah
Jangka hayat ikan lumba-lumba ini tidak lama selepas ia ditemui terperangkap di kawasan cetek di Pantai Teluk Likas.

KOTA KINABALU – Ikan lumba-lumba yang ditemui terperangkap di kawasan cetek dan berada dalam keadaan lemah di Pantai Teluk Likas pada minggu lalu oleh sekumpulan penduduk Kampung Likas, di sini disahkan mati, semalam.

Sebelum ini, spesies dilindungi itu dilaporkan stabil dan di letakkan di bawah jagaan rapi pihak Institut Marin Borneo (BMRI) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pasukan veteriner dari Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dengan kerjasama pakar BMRI yang dimaklumkan mengenai penemuan ikan lumba-lumba tersebut terus melakukan operasi menyelamat haiwan itu yang didapati masih hidup dan diberikan rawatan akibat kecederaan pada beberapa bahagian badannya.

SayangSabah difahamkan, pihak UMS akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan secara terperinci mengenainya, esok. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan