Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Risiko nikah sindiket

nikah

KLANG: Kebanyakan umat Islam masih lagi tidak memahami akibat menggunakan khidmat pernikahan dengan bantuan sindiket yang bakal memberi impak besar mengenai kesahihan sesebuah pernikahan dan sistem kekeluargaan dalam kalangan mereka.

Pernikahan sindiket adalah alternatif atau jalan mudah untuk membolehkan pasangan yang terdesak untuk berkahwin lebih cepat ataupun membantu mereka yang ingin berpoligami.

Pendakwah bebas, Ustazah Zawiyah Hassan berkata, nikah sindiket boleh dimaksudkan dengan pernikahan dijalankan pihak tertentu yang tidak mendapat tauliah pihak berkuasa agama negeri.

“Pernikahan perlu didaftarkan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam tempoh enam bulan selepas pasangan terbabit pulang ke Malaysia,” katanya selepas Program Seminar Keluarga Sakinah bersama Pejabat Agama Islam Daerah Klang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.

Komen


Berita Berkaitan