Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RISDA salur RM89.2 juta laksana program pembangunan pekebun kecil di Sabah

Shafie (tiga dari kanan) menyampaikan repliksa dalam majlis penyampaian sumbangan sanggungjawab sosial krporat (CSR) RISDA Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna. - foto Masani Sandan
Shafie (tiga dari kanan) menyampaikan repliksa dalam majlis penyampaian sumbangan sanggungjawab sosial krporat (CSR) RISDA Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna. – foto Masani Sandan

SEMPORNA – Sebanyak RM89.2 juta peruntukan bagi melaksana pelbagai program pembangunan akan disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Sabah, pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukkan itu meliputi program tanam semula, khidmat pengembangan, tuisyen desa dan pembangunan institusi pekebun kecil.

Menurutnya, dalam tempoh 2010 hingga 2014, sejumlah RM223.11 juta peruntukan disalurkan bagi menjalankan program pembangunan di negeri ini.

“Ia adalah peruntukkan terbesar yang diberikan dan dengan ini ia akan memberi manfaat terhadap ekonomi pekebun kecil di negeri ini dan negara khasnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) RISDA Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Seri Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, pihaknya melantik seramai 550 orang Pemaju Masyarakat Risda (PMR) pada 1 Januari lalu, yang akan bertindak sebagai orang tengah membantu menyebarkan pelbagai informasi berkaitan.

Menurut Zuki, mereka berperanan dalam membantu RISDA menyampaikan maklumat berkaitan terutama dalam menyampaikan teknologi terbaharu RISDA yang akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“RISDA telah menyumbang sejumlah RM949,000 dalam program CSR yang diadakan di Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Semporna. Kali ini kita melakukan CSR bagi 50 buah sekolah di daerah ini yang berjumlah RM150,000,” ujarnya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan