Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Risda Peruntuk RM12.5 Juta Bantu Pekebun Kecil Di Beaufort

RISDA

KUALA PENYU– Kerajaan pusat menerusi Risda memperuntukkan RM12.5 juta bagi membantu meringankan kesan kejatuhan harga getah dunia kepada pekebun kecil di daerah Beaufort sejak tahun 2011.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd. Dun berkata bantuan dari pelbagai aspek itu merangkumi Program Tanam Semula, bantuan baja dan benih getah.

“Setiap tahun Risda menyalurkan bantuan bekalan baja kepada pekebun kecil… dalam meningkatkan lagi hasil produktiviti setiap pekebun kecil agar memperoleh pendapatan sepertimana yang disasarkan iaitu RM2,500 menjelang tahun 2015,” katanya.

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berucap merasmikan Program Hari Membaja Peringkat Negeri Sabah 2014 di Kampung Menumpang, dekat sini, pada Selasa.

Komen


Berita Berkaitan