Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

RISDA bersedia beri bantuan kepada pekebun kecil

6:45pm 26/11/2015 Ann Vivien 69 views Isu Semasa,Tempatan

NABAWAN:  Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia memberikan bantuan kepada pekebun kecil secara percuma.

Penolong Pegawai Risda Daerah Keningau Norihan @  Azhan Bin Mat berkata,  bantuan tersebut adalah percuma dan tidak perlu dikembalikan.

Katanya, hasrat kerajaan  melalui agensinya adalah memberikan bantuan  agar pekebun kecil dapat.memajukan diri dan meningkatkan ekonomi mereka.

Walau bagaimanapun katanya,  oleh kerana Risda adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan maka bantuan tidak dapat diberikan kepada pekebun kecil yg tidak mempunyai hakmilik tanah yang sah.

“Ini kerana tanah yg belum ada hak milik  adalah milik kerajaan negeri” katanya pada majlis taklimat tanam semula getah di Kg. Salinatan pada Selasa lepas. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan