Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RISDA agih RM620,223 bagi program Tanaman Getah ke Getah

Jafry menyerahkan replika cek kepada wakil pekebun kecil getah RISDA Kawasan Kinabatangan dalam program itu.
Jafry menyerahkan replika cek kepada wakil pekebun kecil getah RISDA Kawasan Kinabatangan dalam program itu.

KINABATANGAN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempergiatkan kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang merangkumi cara menanam dan  membaja bagi memastikan petani dan peserta yang mengikuti program kelolaan agensi itu mencapai pengeluaran hasil pertanian maksimum.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, berkata usaha itu bertujuan  mengubah minda dan sikap pekebun kecil terhadap tanah kebun sebagai aset menjana pendapatan yang mampu memberikan keuntungan lumayan.

Menurutnya, ia berikutan pasaran produk pertanian itu semakin baik ketika ini, setiap pekebun kecil harus mengambil peluang dan kesempatan untuk menjana pendapatan keluarga.

“Menerusi GAP anjuran RISDA, kita berharap pekebun kecil merebut peluang yang disampaikan serta  memberi komitmen untuk  melaksanakannya bagi mendapatkan pengalaman cara membaja mengikut kaedah yang betul bagi memastikan pembesaran pokok tidak terbantut dan mampu menghasilkan susu berkualiti,” katanya ketika berucap merasmikan kursus GAP peringkat Parlimen Kinabatangan di Kampung Sukau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah RISDA , Semaian dan Landskap Sdn. Bhd.,  Jafry Ariffin.

Dalam majlis itu, Bung Moktar juga turut menyampaikan peruntukan daripada RISDA sebanyak RM620,223 bagi program Tanaman Getah ke Getah tahun 2015 bagi kawasan Kinabatangan.

Menurut Bung Moktar yang juga Pengerusi Felcra Berhad, kehadiran pihak RISDA di negeri ini  khsusunya di kawasan Kinabatangan, turut membuka peluang bagi perintis masa depan yang baik bagi golongan para pekebun getah.

Jelasnya,  program program RISDA yang telah dan bakal dilaksanakan bertujuan untuk membantu mensejahterakan kehidupan  rakyat khususnya para pekebun kecil untuk keluar dari garis kemiskinan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan