Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Risau disaman, 26 penunggang nekad melarikan diri

Antara motorsikal yang ditinggalkan penunggang sebelum disita oleh pihak berkuasa. - Foto IPD Kota Kinabalu
Antara motorsikal yang ditinggalkan penunggang sebelum disita oleh pihak berkuasa. – Foto IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Polis bertindak menyita sebanyak 26 buah motorsikal selepas ditinggalkan penunggang kenderaan terbabit yang melarikan diri dalam Op Samseng Jalanan di bandaraya ini pada awal pagi tadi.

Tindakan nekad kesemua suspek berkenaan dipercayai akibat bimbang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kesemua motorsikal yang disita itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk siasatan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sungguhpun ramai penunggang motorsikal berjaya melarikan diri, namun pihak polis akan mengesan pemilik sebenar kenderaan terbabit sebelum mengenakan tindakan undang-undang jika didapati ada melakukan kesalahan,” katanya, di sini hari ini.

Operasi yang diadakan di Jalan Pasir berhampiran Likas Plaza bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga 4.00 pagi Ahad itu turut menyaksikan sebanyak 23 keping saman Pol257 dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Sebanyak 31 buah motorsikal dan 11 orang lelaki telah diperiksa secara teliti dalam operasi berkenaan yang mana seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan kepada pihak berkuasa.

Chandra berkata, operasi tersebut dijalankan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di samping memantau kemalangan yang membabitkan penunggang motorsikal di sekitar bandaraya ini.

“Seramai tiga pegawai dan 39 anggota dari pelbagai cawangan dan beberapa balai polis terlibat dalam menjayakan operasi membanteras aktiviti haram itu secara menyeluruh,” katanya lagi.

Antara balai polis yang terlibat dalam menjayakan operasi tersebut ialah Balai Polis Kota Kinabalu, Luyang, Tanjung Aru, Inanam, Alamesra dan Menggatal serta Ibupejabat Kontinjen Polis Negeri.
Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan