Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Risau Ada Peminat Menyampah Dengan kami -Stacy

Akim-Stacy

WALAUPUN berkongsi gambar bersama pasangan mungkin dianggap romantis bagi sesetengah selebriti, tetapi berbeza pula bagi pasangan Stacy dan Akim Ahmad yang beranggapan kekerapan bersama mungkin menyebabkan peminat berasa muak.

“Saya tidak akan menolak jika ditawarkan untuk membuat persembahan bersama Akim. Dan bagi saya itu merupakan rezeki kami.

“Kami menerima banyak tawaran, tetapi terpaksa dipertimbangkan dahulu kerana risau jika ada peminat yang menyampah dan mula muak dengan kami.

“Saya tidak mahu digandingkan secara kerap. Sikap romantis itu makin kurang dan nanti terpaksa berpura-pura pula depan peminat.

“Kami mahu perasan romantis itu hadir secara semula jadi dan terpaksa kerana tuntutan kerja”, katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Stacy turut mengakui bahawa mereka mempunyai perancangan untuk merakam lagu duet tetapi mungkin hanya satu atau dua sahaja kerana tidak mahu didakwa cuba mengambil kesempatan atas populariti masing-masing.

-MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan