Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rio 2016: Perenang Singapura cipta sejarah, tewaskan Michael Phelps

10:49am 13/08/2016 Pak Roshan 2008 views Mutakhir,Sukan,Sukan Luar Negara

RIOEC8D03XC6B_768x432

Schooling memberi kejutan dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu. – Foto AFP
RIO DE JANEIRO: Michael Phelps mengalami kekalahan pertamanya dalam temasya Rio 2016 apabila ditewaskan perenang sensasi Singapura, Joseph Schooling, yang memberikan persembahan memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu pada Jumaat.

Sudahpun bergelar Olimpian terhebat dalam sejarah, Phelps sekali lagi mengukir sejarah pada Khamis apabila meraih kemenangan dalam acara 200m rampaian individu, menyaksikannya menjadi atlet renang pertama memenangi acara individu yang sama sebanyak empat kali.

Bagaimanapun, jaguh berusia 31 tahun itu gagal mengulangi kejayaannya pada 2004, 2008 dan 2012 dalam 100m kuak kupu-kupu, sebaliknya berkongsi tempat kedua dengan dua perenang lain — juara dunia dari Afrika Selatan, Chad Le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary — di belakang Schooling yang mencatat rekod Olimpik 50.39 saat.

Ketiga-tiga pemenang tempat kedua itu berkongsi catatan 51.14 saat.

Schooling, yang turut menewaskan Phelps dalam saringan, kini muncul selaku pemenang pingat emas Olimpik yang pertama buat Singapura sesudah pertunjukan memukaunya dalam memenangi acara itu. –  Awani

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan