Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rindu tak terluah

rinduu

SEREMBAN: Walaupun air mukanya tenang, tidak pernah menyatakan rasa rindu kepada arwah Mastura Mustafa yang terkorban dalam tragedi di Timur Ukraine, pada 17 Julai lalu, namun jauh di lubuk hatinya, bapa mangsa amat merindui anaknya itu.

Kakak pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 itu, Munirah Mustafa, 52, berkata, bapa mereka, Mustafa Abdul Samad, 83, sejak ketiadaan Mastura, 40, akibat tragedi berkenaan, setiap minggu dia pulang ke rumah bapanya di Kampung Sentosa, Paroi, di sini, bagi menjaga dan menguruskan keperluan bapanya itu.

“Abah tidak pernah beritahu saya dia merindui adik, tetapi setiap kali pulang, dia tidak jemu bercerita mengenai Mastura, apa yang mereka lakukan bersama sebelum ini.

“Saya faham abah amat merindui Mastura. Saya sentiasa mengingatkannya supaya sentiasa berdoa dan beristighfar agar tenang,” katanya yang ditemui di pekarangan Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, semalam.

Komen


Berita Berkaitan