Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribut ragut 35 nyawa

SEORANG mangsa mengumpul barangan miliknya berhampiran kediamannya yang musnah di Bogra, 200 kilometer dari Dhaka, semalam.
SEORANG mangsa mengumpul barangan miliknya berhampiran kediamannya yang musnah di Bogra, 200 kilometer dari Dhaka, semalam.

Dhaka: Ribut yang membadai Bangladesh pada hujung minggu menyebabkan kemusnahan di barat laut negara itu dan meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa.

Pasukan penyelamat dan penduduk kampung menemui mayat mangsa selepas ribut berkenaan menyebabkan ribuan rumah runtuh, menumbangkan pokok, tiang elektrik serta memusnahkan sawah padi pada malam Sabtu dan Ahad.

Sembilan belas orang terbunuh dan lebih 100 cedera di Bogra, kata pegawai daerah Shafiqur Reza Biswas.

“Kebanyakan mereka mati akibat dihempap pokok atau rumah,” katanya.

Dia juga berkata, pihak berkuasa sudah menghantar bantuan kecemasan kepada ribuan penduduk yang terjejas.

Di daerah Rajshahi pula, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 27 cedera apabila ribut itu melanda kawasan tanah rendah.

“Sekurang-kurangnya 7,000 rumah yang dibina dari lumpur dan tin musnah sama sekali,” kata pegawai daerah itu, Mejbah Uddin Chowdhury.

Di Kushtia pula, dua penduduk terbunuh dan kira-kira 100 rumah musnah.

Kematian juga dilapor berlaku di lima daerah lain, lapor akhbar Daily Star.

Ribut yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kalboishakhi sering melanda Bangladesh ketika awal musim panas hingga ke musim monsun yang biasanya bermula pada minggu pertama Jun.-AFP

Komen


Berita Berkaitan