Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribut petir diramal berterusan hingga lewat petang

angin-kencang-600x367

KUALA LUMPUR: Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Labuan dan Kudat di Sabah dijangka berterusan hingga lewat petang ini.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (KMJ) dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian hingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50KMJ dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka di kawasan perairan Phuket di Thailand sehingga Rabu ini, sekali gus berbahaya kepada bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Ribut petir di perairan Reef South, Laut Sulu dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga lewat petang ini yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50KMJ selain laut bergelora dengan ombak sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan