Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RIBUT PETIR DI SELANGOR DAN SABAH BERTERUSAN SEHINGGA AWAL PETANG

safe_image

KOTA KINABALU, 15 Feb : Ribut petir yang berlaku di perairan Selangor dan Sabah (Sandakan dan Tawau) dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

“Ia berbahaya kepada bot-bot kecil,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka Utara, Sulu dan Sulawesi juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Ribut petir berkenaan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan