Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ribut petir di perairan Sarawak, Labuan dan Sabah

11:06am 09/06/2016 Pak Roshan 2061 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi memberi amaran ribut petir menyeluruh yang berlaku di perairan Sarawak, Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Ia membabitkan kawasan Kuching, Rejang, Bintulu dan Mukah di Sarawak manakala di Sabah, ia meliputi Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil,” kata jabatan itu menerusi laman web yang dikemas kini jam 5.24 pagi ini.

Jabatan itu turut memberi amaran untuk perkapalan apabila ribut petir yang berlaku di perairan Samui, Condore, Sulawesi dan Sulu dijangka berterusan, juga sehingga lewat pagi ini.

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan tiada sistem Siklon Tropika dicerap dalam kawasan pemantauan pada kedudukan Latitud 0-20 utara dan Longitud 95-130 timur. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan