Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ribut petir di perairan pantai barat Sabah, Sarawak

9:54am 10/11/2016 Pak Roshan 162 views Mutakhir,Nasional

maps

KUALA LUMPUR: Ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Sarawak (Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri) dan Sandakan, Sabah, dijangka berterusan hingga pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi memberi amaran keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Menerusi laman web jabatan itu yang dikemas kini pada jam 5.48 pagi tadi, ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan, Bunguran, Kuching, Reef South, Reef North dan Sulu juga dijangka berterusan hingga pagi ini.

“Keadaan ini juga boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata jabatan itu.

Bagi kategori perkapalan, MetMalaysia menyatakan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok hingga Ahad ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini, katanya, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, jabatan sama menerusi laman web yang dikemas kini jam 6.53 pagi ini, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Bahagian Samarahan (Daerah Samarahan dan Simunjan) dan Kuching, Sarawak dijangka berterusan hingga lewat pagi ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan