Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribut lima minit rosak 15 rumah

ribut

KOTA MARUDU: Tiga rumah ranap manakala 12 rosak teruk selepas bumbung rumah berkenaan diterbangkan ribut dalam kejadian di Kampung Mempakad Laut Pitas, dekat sini, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kamajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mempakad Laut Pitas Mohamad Bidin, 48, berkata, kejadian kira-kira 8 malam itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit sahaja menyebabkan 15 rumah rosak teruk.

“Lebih 10 rumah rosak teruk termasuk tiga ranap sehingga tiang rumah tercabut manakala sebuah kereta turut rosak akibat bencana alam itu,” katanya.

Selain itu, seorang warga emas Hadarah Sauna, 62, turut cedera ringan di tangan dan perut akibat terkena serpihan kayu.
“Hadarah cedera akibat terkena serpihan atap bumbung ketika kejadian namun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Marudu,” katanya ketika dihubungi, tadi.
Menurutnya, kini penduduk kampung terpaksa bergelap kerana kabel elektrik terputus.

Komen


Berita Berkaitan