Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribuan sesak nafas

MURID sebuah sekolah rendah di Kampung Gajah, Sumatera Utara membersihkan debu gunung berapi di sekolah mereka.
MURID sebuah sekolah rendah di Kampung Gajah, Sumatera Utara membersihkan debu gunung berapi di sekolah mereka.

Jakarta: Ribuan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Sinabung mengalami masalah pernafasan akibat menyedut debu gunung berapi.

Gunung Sinabung meletup Sabtu lalu menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Auslia Taswin, pengarah Institut Bantuan Guaman Untuk Kesihatan atau Awalindo berkata: “Keadaan kesihatan penduduk berikutan letupan Sinabung mencetuskan kebimbangan memandangkan udara di sekitar kawasan itu yang dicemari debu gunung berapi adalah berbahaya.”

Bercakap kepada wartawan di Medan semalam, Auslia berkata, malangnya, kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar gunung itu masih rendah walaupun mereka mengalami masalah pernafasan dan selesema.

“Mereka menganggapnya perkara biasa. Mereka sepatutnya ke klinik jika batuk, sesak nafas atau menghidap penyakit lain,” kata Auslia.

Dia menggesa kerajaan menempatkan pasukan perubatan di kawasan itu dan tidak menyerahkan pengurusan kesihatan penduduk kepada klinik kecil.

“Jika mereka terus terdedah kepada debu itu, ia merosakkan peparu mereka,” katanya.

Institut Bantuan Guaman Untuk Sekolah menggesa pentadbiran daerah Karo, antara kawasan yang teruk terjejas supaya menutup sekolah yang masih diselimuti debu Sinabung.

Pengarah Eksekutifnya, Roder Nababan berkata, debu itu merebak ke bandar Berastagi dan perkampungan lain. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan