Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribuan penduduk terjejas banjir di Penampang

Keadaan Banjir selepas hujan lebat sejak 6 petang semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini, Penampang. – Foto Ihsan Pembaca

 

PENAMPANG: Ribuan penduduk di daerah ini terjejas akibat banjir sejak malam tadi, berikutan limpahan Sungai Moyog disebabkan hujan berterusan dari petang semalam.

Sekurang-kurang 50 kampung terjejas dengan paras air masih tinggi berdasarkan keadaan jalan raya yang hanya boleh dilalui kenderaan berat setakat jam 8 pagi tadi.

Berikutan situasi itu, Jawatankuasa Bencana Alam Daerah membuka bilik gerakan bencana, malam tadi, bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Di Donggongon, pekan utama daerah ini, ratusan pemandu terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di tepi jalan atau tidur di dalam kereta sementara menunggu banjir surut.

Julian Din, 38, dari Inobon, berkata beliau tidak mahu mengambil risiko memandu meredah banjir yang mencecah paras pinggang di bulatan utama Donggongon.

“Lebih baik saya tunggu walaupun berada di sini sejak jam 11 malam tadi. Saya nampak beberapa kenderaan terperangkap di bulatan,” katanya ketika ditemui, pagi tadi.

Seorang lagi pemandu, Julie Tan, berkata banyak kenderaan terperangkap dekat Kampung Kivatu dan Kasigui yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bulatan pekan Donggongon.

“Kami terperangkap di sini sejak jam 8 malam tadi hingga sekarang,” katanya.

Beliau bersama dua rakan dari Tambunan berada di daerah ini sempena cuti Kaamatan sejak dua hari lalu.

Beberapa kawasan di pantai barat, termasuk Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Putatan dan Kota Belud turut dilanda banjir selepas hujan lebat, malam tadi. – BH ONLINE

Keadaan Banjir selepas hujan lebat sejak 6 petang semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini, Penampang. – Foto Ihsan Pembaca
Keadaan Banjir selepas hujan lebat sejak 6 petang semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini, Penampang. – Foto Ihsan Pembaca
Keadaan Banjir selepas hujan lebat sejak 6 petang semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini, Penampang. – Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan