Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ribuan orang ramai, pelancong rai Aidilfitri di Istana Negeri Sabah

sabah open house

KOTA KINABALU: Ribuan orang ramai dan pelancong mengunjungi Istana Negeri Sabah untuk sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri, di sini, pagi tadi.

Rumah Terbuka Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isterinya, Toh Puan Norlidah R M Jasni kepada orang ramai bermula jam 11 pagi dan dijangka berakhir jam 2 petang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin, turut hadir kira-kira jam 10 pagi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Datuk Yahya Hussin; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Komen


Berita Berkaitan