Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ribuan mahu jadi amah di Arab Saudi

8:52am 22/06/2016 Pak Roshan 22 views Global

tki

Jeddah: Naib konsul bagi hal ehwal ekonomi di pejabat konsul Indonesia di sini, Juman Nazar berkata, ribuan rakyat negara itu berhasrat untuk bekerja di Arab Saudi sebagai pembantu rumah.

Bagaimanapun, katanya, proses itu mungkin mengambil masa kerana pihak berkuasa Indonesia mahu memberikan mereka bimbingan sebelum membenarkan mereka berlepas.

“Mereka perlu didedahkan dengan tradisi dan budaya Saudi. Kami mahu memastikan tenaga kerja yang kami hantar adalah lebih baik. Saya beri jaminan,” kata Juman, ketika memberi penerangan kepada pegawai Saudi di pejabatnya di Jeddah.

Penghantaran tenaga kerja Indonesia, khususnya pembantu rumah ke Arab Saudi tergendala sejak beberapa tahun lalu berikutan beberapa perbalahan mengenai nasib pekerja berkenaan.

Juman juga mendesak pihak berkuasa memberikan kebenaran kepada pekerja memiliki telefon bimbit untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga di tanah air dan juga dengan pegawai konsulat jika berdepan dengan masalah./HMetro

Dalam pada itu, menurutnya, pejabat berkenaan kini dalam usaha membantu 43 pembantu rumah warga Indonesia yang berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Seramai 43 wanita adalah antara ribuan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di negara ini. Mereka mewakili 1.5 peratus sahaja daripada pekerja Indonesia yang menghadapi masalah di Saudi,” katanya. – Agensi

JUMAN (kanan) ketika memberi taklimat kepada pengawai Arab Saudi di pejabat konsul Indonesia di Jeddah.

JUMAN (kanan) ketika memberi taklimat kepada pengawai Arab Saudi di pejabat konsul Indonesia di Jeddah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan