Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ribuan ikan mati di Jakarta

10:59am 22/12/2015 Pak Roshan 556 views Global
BERIBU-ribu bangkai ikan yang ditemui terapung di Tasik Citra.

BERIBU-ribu bangkai ikan yang ditemui terapung di Tasik Citra.

Jakarta: Sumber pendapatan nelayan di Tasik Citra di sini terjejas teruk apabila beribu-ribu ikan di tasik berkenaan mati tiba-tiba.

Pegawai perikanan dan saintis juga bingung dengan punca menyebabkan bertan-tan ikan mati dan terapung di tasik itu.

Bagaimanapun, hujan lebat di Jakarta sejak beberapa hari lalu dipercayai menjadi punca.

Jabatan perikanan memberitahu, hujan lebat mungkin menyebabkan suhu air meningkat mendadak.

Keadaan itu mungkin menyebabkan paras oksigen dalam air menurun menyebabkan ikan di tasik berkenaan mati.

Sekumpulan nelayan dan sukarelawan semalam dilihat mengumpul bangkai ikan untuk dilupuskan bagi mengelak tasik itu tercemar.

Saintis juga mengambil sampel bangkai ikan dan air tasik untuk mencari punca kematian.

Seorang nelayan, Bambang, 47, berkata, pada mulanya dia melihat beberapa ekor ikan mati dan terapung.

“Beberapa jam kemudiannya jumlah ikan yang mati meningkat mendadak dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

“Kejadian ikan mati seperti ini pernah berlaku, tetapi kali ini jumlahnya sangat banyak,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan