Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rhino Box dan Faith Wellness konsep baharu dalam menjaga kesihatan dan kecantikkan

5:01pm 01/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 189 views Tips & Kesihatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

KOTA KINABALU- Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid telah merasmikan Pusat Kecerdasan Rhino Box dan Pusat Terapi Faith Wellness di Plaza 88 disini, kelmarin.

Dalam sidang media, Jainab menyarakan orang ramai untuk mencuba kedua-dua pusat kecerdasan dan terapi ini kerana ianya bukan sahaja sesuatu yang memberikan manfaat kepada individu tetapi juga membantu industri keusahawanan tampatan.

Pusat Kecerdasan Rhino Box menapilkan kaedah senaman yang terkini dan berbeza daripada senaman gim yang dilakukan di pusat kecerdasan yang konvensional yang memerlukan banyak peralatan senaman.

Manakala, Pusat Terapi Faith Wellness memperkenalkan terknologi terkini terapi sauna infrared pertama di Sabah yag bukan sahaja dapat merawat penyakit bahkan juga berfungsi sebagai terapi kecantikkan.

Menurut pemiliknya, Puan Lissah Jack dan Mohd Faizal Afdal kedua-dua pusat kecerdasan dan kecantikkan ini berkolaborasi memperkenalkan konsep baharu dalam menjaga dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan.-Syafathin M.Y./SayangSabahWP_20160430_015

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan