Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rezeki peniaga muda mencurah

Keadaan bazaar Ramadan di Sabindo Plaza Tawau. - foto Muahlim Lise / SayangSabah
Keadaan bazaar Ramadan di Sabindo, Tawau. – foto Muahlim Lise / SayangSabah

TAWAU – Berada pada pertengahan Ramadan, para peniaga di bazar masih berniaga seperti biasa bagi memeuhi kehendak para pelanggannya membeli untuk di makan semasa berbuka puasa.

Para peniaga bergama Islam dari pelbagai bangsa, mengambil kesempatan bulan ini untuk berniaga sambil meraih keuntungan yang boleh dikatakan menguntungkan.

Di Tawau, terdapat kira-kira tiga buah bazar Ramadan yang menjadi tumpuan dan dikunjungi orang ramai setiap tahun di daerah ini. Antaranya, Bazar Ramadan Sabindo, Bazar Ramadan Bangunan Mara dan Bazar Ramadan Fujimart.

Tinjaun SayangSabah ke bazar Ramadan Sabindo sekitar pukul 4 petang menyaksikan orang ramai mula datang ke bazar bagi membeli juadah untuk berbuka puasa nanti.

Seorang peniaga Herman Abdullah, 25, berkata, ini merupakan tahun ketiga baginya berniaga di bazar Sabindo dan menyifatkan berniaga di bulan Ramadan boleh menguntungkan.

“Masuk tahun ketiga ini saya berniaga di tempat yang sama, alhamdulillah setiap kalinya menjelang Ramadan maka saya mengambil kesempatan untuk berniaga di sini,” katanya sambil menyatakan purata pendapatan kasarnya sehari mencecah RM300 hingga RM600 sehari.

Menjual air minuman dan pelbagai jenis kuih, beliau berpuas hati dengan bilangan orang ramai  yang hadir ke bazar Ramadan semakin bertambah setiap hari dan membolehkan ekonomi peniaga juga  bertambah baik.

Premis berbentuk kelapa di bazar Sabindo menjadi perhatian orang ramai. - foto Muahlim Lise / SayangSabah
Premis berbentuk kelapa di bazar Sabindo menjadi perhatian orang ramai. – foto Muahlim Lise / SayangSabah

Manakala Andy Alim, 38, juga mengambil peluang untuk berniaga dalam Ramadan setiap tahun. Beliau yang merupakan seorang “dispatch” berkata, selepas selesai kerja, beliau akan bergegas ke bazar Ramadan untuk memulakan peniagaan air tebu yang mana awalnya gerai itu di jaga oleh anak dan adiknya.

“Berniaga di bazar Ramadan perlu ada daya tarikan kreatif, kalau tiada tarikan orang tidak seberapa ramai membeli di tempat kita. Saya sentiasa memanggil pelanggan yang lalu untuk singgah di gerai saya dengan moto “air tebu boleh rasa guna jari kerana belum berbuka”, katanya.

Sementara itu, Adiey Ali, 30, seorang pereka grafik juga mengambil kesempatan berniaga pada bulan Ramadan.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun keenam dia berniaga pelbagai jenis minuman yang turut dibantu oleh isteri dan beberapa orang pekerjanya.

Bazar Ramadan menjadi tumpuan kerana, pelbagai juadah dijual, dan yang lebih menarik juga dapat melihat suasana orang ramai dalam membeli makanan dan minuman kerana ia hanya berlaku setahun sekali.

Bukan setakat orang beragama Islam saja yang datang untuk membeli, malah warga Cina, India dan lain juga datang untuk melihat keunikan bazar Ramadan sekaligus turut membeli juadah. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan