Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Reunion selepas 25 tahun bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah mencipta sejarah

6:17pm 30/11/2016 Leolerry Lajius 13 views Tempatan

KOTA KINABALU : Perjumpaan atau reunion selepas 25 tahun bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah mencipta sejarah yang tersendiri.

Pengerusi Alumninya, Jamsani Johari berkata reunion itu melibatkan 20 bekas pelajar pada tahun 1987 hingga 1991.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Yayasan Sabah kerana telah menaja kami untuk belajar di beberapa buah sekolah terbaik di Semenajung.

“Malah, antara kami kini bertugas dan menyumbang bakti kepada negeri ini sebagai guru, pegawai kerajaan, doktor, ahli perniagaan dan memegang beberapa jawatan profesional di dalam organisasi ternama di Sabah dan Semenanjung,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di ibu negeri.

Menurut Jamsani, reunion tersebut bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah yang telah terbina sejak 25 tahun lepas, disamping memberi peluang berkongsi pengalaman dan kenangan.

Mereka merupakan bekas pelajar sekolah berprestij seperti Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains, Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Seri Puteri dan beberapa buah lagi sekolah berasrama penuh di Semenanjung./PENERANGAN-

ALBUM...Jamsani (kanan, belakang)  merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan alumni bekas pelajar Yayasan Sabah.

ALBUM…Jamsani (kanan, belakang) merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan alumni bekas pelajar Yayasan Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan