Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

RestorFX buka cawangan di Kota Kinabalu

Abidin Madingkir (tiga dari kiri) merasmikan premis RestorFX di Suria Sabah.
Abidin Madingkir (tiga dari kiri) merasmikan premis RestorFX di Suria Sabah.

KOTA KINABALU – Syarikat automotif luar negara yang berpusat di Amerika Syarikat, RetorFX, buat julung kalinya membuka cawangan di Sabah bagi pengguna di negeri ini mendapatkan perkhidmatan pengilap kenderaan berteknologi tinggi.

Majlis perasmian premis RestorFX disempurnakan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, di pusat beli-belah Suria Sabah, di sini semalam.

Dalam ucapannya, Abidin berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah syarikat luar negara menggembangkan perniagaan mereka di negeri ini, sekaligus menyediakan peluang ekonomi khususnya pekerjaan kepada rakyat seperti yang dilakukan RestorFX Malaysia.

“Selain itu, inovasi dan teknologi terkini yang dihasilkan oleh RestorFX dalam industri automotif seperti ini akan memastikan pengguna mendapat perkhidmatan lebih baik,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu, Pengasas RestorFX, Alex Kotyakov; Ketua Pegawai Eksekutif RestoFX, Amerika Syarikat dan Pengarah Urusan RestorFX (M) Sdn. Bhd., Samuel Chan.

Sementara itu, Samuel berkata, produk pengilap kenderaan RestorFX berkenaan menggunakan teknologi canggih dan ia hanya mengambil masa singkat dan menjadikan kenderaan lebih tampak baharu dan menarik.

Katanya, ia menghilangkan kesan pada kenderaan seperti calar, retak dan garis yang tidak diingini oleh pengguna dengan harga yang berpatutan.

Jelasnya, lebih 40 juta pengguna di Amerika Syarikat sendiri telah menggunakan RestorFX dan jenama itu telah berkembang ke 30 buah negara dalam tempoh enam tahun sejak ia mula beroperasi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan